PENGGUNAAM MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan multimedia dapat membantu
memudahkan proses pembelajaran. gabungan teks, grafik, audio, video dan
animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru.
Sebagai contoh, dalam mengajar Sistem Pencernaan Manusia, guru boleh
menggunakan teks, grafik dan animasi bagi menunjukkan apa yang berlaku kepada
makanan yang dimakan oleh seseorang bermula daripada makanan itu dimasukkan ke
dalam mulut sehinggalah ia diserap ke dinding usus dan bahan buangan dikeluarkan
dari badan sebagai najis.
Melalui bahan multimedia yang telah
disediakan sendiri atau melalui bahan pengajaran yang dibekalkan kepada
sekolah, guru dapat menjimatkan masa melukis rajah yang agak kompleks di atas
papan tulis dan akan menjimatkan masa. Contohnya dalam matapelajaran Biologi,
guru tidak perlu melukis rajah jantung di papan tulis. Dengan mudah rajah
jantung boleh diperolehi daripada internet dan guru hanya perlu muat turun
rajah dan maklumat tersebut seterusnya boleh ditayangkan kepada pelajar di
dalam kelas menggunakan projektor LCD. Bahan ini boleh digunakan untuk mengajar
kelas-kelas yang lain atau boleh digunakan oleh guru-guru yang lain dengan
mudah dan cepat melalui keadah auditori dan visual dalam mempersembahkan
maklumat, pelajar dapat memproses maklumat itu dengan lebih cepat dan dengan
itu proses pembelajaran dapat digalakkan melalui penglibatan pelajar
Dalam topik Sudut Dongakan dan Sudut
Tunduk dalam Matematik Tingkatan Empat, misalnya, penggunaan gambar dan video
boleh digunakan bagi menunjukkan penggunaan konsep nisbah trigonometri dan
sudut dongakan dan sudut tunduk untuk menyelesaikan masalah harian seperti
menganggar tinggi tiang bendera. Dengan cara ini, konsep yang dibina dapat
diperkukuhkan lagi.
Penggunaan video juga akan
memudahkan proses pengulangan dalam pembelajaran dilakukan dengan mudah.
Sebagai contoh guru memberi penerangan proses kerja dimakmal boleh dirakamkan
dan kemudiannya dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila masa sahaja
diperlukan. Pelajar juga boleh menonoton klip video tersebut bagi membentuk
kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan. Penggunaan video juga akan
dapat membentuk kemahiran pelajar lebih pantas dan berkesan. Dalam mempelajari
kemahiran fizikal seperti kemahiran menggunakan perisian computer, kemahiran
melakukan ujikaji, dan lain-lain demontrasi secara langsung. Ini dapat membantu
proses membina kefahaman dan seterusnya membentuk kemahiran seperti mana yang
diperlukan.
Video digital dapat membantu dan
digunakan dalam proses membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan.
Pelajar boleh menonton perjalanan video mengikut keperluan dan kefahaman
masing-masing. Selain itu, penggunaan video digital juga mampu menjimatkan
masa, tenaga dan kos pembelajaran. Masa persediaan bahan bantu pengajaran dalam
tempoh masa panjang misalnya boleh diringkaskan kerana klip-klip video yang
berkaitan dengan keperluan telah disediakan dengan lebih awal. Proses
pengajaran d idalam kelas juga boleh menjadi lebih pantas menerusi penggunaan
elemen multimedia video digital yang ditayangkan. Penerangan yang panjang lebar
dan demonstrasi yang meleret-leret tidak diperlukan lagi. Ini kerana proses
penerangan melalui video yang menggabungkan elemen seperti imej, muzik, dan
suara latar mampu, memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar.
Semoga Bermanfaat.....